Posting ini khas buat PISMK-OUM di IPGM Kampus Sultan Mizan terutamanya 13 orang yang mengambil foundation di sini...... Tulisan ini adalah datang dari insan yang cukup menyayangi anda semua.
Rasanya seperti baru semalam jai mengenali siapa aliff.. razi.. itho... chot dan lain2....
Jai masih ingat lagi... 4 Julai 2005.. mula-mula jai melangkah kaki disini.. Aleff menyambut aku dan keluarga aku... melihat dia aku fikir seorang pensyarah. rupanya seorang pelajar sahaja.... namun ada karismatik yang dapat dilihat jelas dan aku tahu hati aku ingin berkawan dengan dia. mungkin ada sesuatu yang aku dapat belajar nanti....
Kemudian aku mengenali chot semasa malam bersama senior. Dia seorang yang baik dan ketua unit kelas Kajian Sosial pada masa itu. Dia memperkenalkan dirinya dengan cara bersahaja. Mungkin memang itu caranya... Dia memaksa kami mengenali semua lucture Jabatan Kajian Sosial. Pada masa itu aku masih lagi berfikiran anak sekolah. Aku fikir satu jabatan itu bilangannya menyerupai satu bilik guru. Rupanya tidak..
Kemudian aku mengenali razi. Senegeri dengan aku. Pada satu malam radzi mengingatkan tentang tanggungjawab, ibu, ayah dan segalanya yang terpikul diatas bahu ini. Ada rakan aku yang menitiskan air mata. Tapi bukan aku. aku tau aku cukup ego kerana mungkin aku rasakan aku sudah terbiasa dengan aktiviti seumpama ini maka aku tega dan kebal dari titisan air mata.
Malam terakhir aku mengenali Ithho. Orang nya biasa sahaja. Yang aku tau dia merupakan Presiden Majlis Agung PISMP. Pada masa itu jawatan tersebut mungkin memikul amanah yang cukup besar kerana selain JPP itulah persatuan yang menjaga pelajar PISMP. Itho mengeluarkan arahan semua junior mesti amek tandatangan senior. Aku bukan pelajar asrama. Jadi bagi aku benda ni adalah mengarut dan menyusahkan. Dia nak tandatangan dia last sekali. Susah jugak tu.
Pada masa itu aku merupakan pelajar angkuh dan ego. Bagi aku, aku tahu hampir semua perkara. Tapi betul kata orang-orang tua lagi banyak kita tahu.. maka lagi banyak yang kita tak tahu. Begitulah lumrah dan tamsilan dunia.
Segalanya perkenalan dengan mereka takkan aku lupakan. Kerana mereka adalah insan terawal yang aku kenali ketika menjejak kaki di sini. Banyak yang aku belajar melalui pemerhatian. Bagaimana kadangkala persahabatan itu menjadi akrab dan erat bukan sahaja melaui kasih sayang namun kadang kala melaui perselisiahan faham. Itulah yang pernah terjadi antara Alip dan Itho. Namun mereka menjadi baik apabila menghadapi kesusahan bersama.
Aku juga belajar.. Kawan ketika berpekik telolong.. menjerit keseronokkan terlalu ramai. Namun apabila satu suara bersuara dalam kandang kesalahan... Suaranya menjadi sepi sendiri. Ramai yang hanya mampu duduk dibelakang namun berjalan seiring ramai yang tidak berani. Kerana takut di"mark" oleh orang lain. Ada juag yang pandai menangguk di air keruh. Dan ada juga yang tetap ikhlas membantu. Aku dan Fazli pernah melakukan sesuatu yang aku fikir memang tiada siapa akan percaya apa yang kami lakukan adalah untuk tafsiran secangkir persahabatan. Andai tindakan itu diketahui.. hukumannya lebih berat dari mereka yang bersalah. Namun keberanian itu timbul disebabran darah muda aku dan mungkin demi secangkir erti persahabatan. Untuk rakan-rakan yang berjuang untuk pelajar, untuk kami, dan untuk aku.....
Fazli Bin Che Lah.. orang yang banyak mengajar aku... Satu demensi kepada satu demensi. Aku dari seorang yang buta IT sekarang bolehlah ditahap untuk penggunaan diri sendiri. Aku iktiraf dirinya sebagai guru dan rakan. Ketika aku bersendiri dihimpit seribu pertikaian dan persoalan... dia datang membantu. Persoalan yang gagah menjadi layu dan berundur. Mungkin sukar dimengerti bagi mereka namun Fazli pasti mengerti.
Sekiranya posting ini menimbulkan kemarahan siapa-siapa aku mohon maaf. Ketika ini aku dalam perjalanan pulang ke kampung...
TERIMA KASIH. AKU DOAKAN MEREKA SEMUA MENJADI GURU YANG HEBAT...
Read more...